="} love u all

Ahad, 26 Februari 2012

DUNIA FILEM

Duniaku mulai diwarnai dengan sebuah filem yang akan muncul tak lama lagi... dan sekarang dalam proses pro production. kalau dulu saya start dengan sebuah telemovies Selipar Jepun Suria dengan Asia Best kini dengan FilemMecca studio. 
Mengenai cerita pula, kalau dulu cerita komedi sekarang cerita ala-ala macam dalam gambar tu...
satu gambaran tentang filem yang akan ditayangkan nanti... tak lama lagi...
kisahnya kena tunggu ya, pasti anda teruja dengan cerita yang sangat luar biasa. dan sudah semestinya lain daripada yang lain.

PENGALAMAN, saya sangat baru dalam dunia perfileman... harapan, melalui penyertaan saya ini dapat memberi saya pengalaman yang luas dalam bidang seni ini. 
Okay nanti kita sambung mengenai filem ini... waktu shooting???

Okay, setakat ini saya sangat suka dengan make up artis dia... kak amy, susi and wah abang bob pun ada... saya kenal mereka... saya suka bekerjasama dengan mereka, tadi my boss director dah perkenalkan diri dengan director namron, wah mereka sangat baru bagi saya... alhamdulillah terima kasih too boss coz bagi saya peluang untuk mengenali dunia perfileman... like like like... so much! 

Sabtu, 25 Februari 2012

AM STILL FABULOUS

Semalam, secara rasminya saya telah menarik balik penyertaan saya dalam pencarian model tudung ESM. mesti ramai yang kecewa dengan saya. maaf ya kawan-kawan... saya terpaksa sebab saya agak tertekan lately. hanya Tuhan sahaja yang maha mengetahui. tapi, saya masih ada peluang lain, saya dah menyertai 3 event untuk show and Photoshoot... I'Allah saya akan cuba bina keyakinan saya sendiri. ! cayok! That y am still fabulous. but in the same time, rasa sedih nak tinggalkan ESM contest. they are so awesome world! <3 

Jumaat, 24 Februari 2012

tarik penyertaan

saya rasa say anak tarik penyertaan pencarian model tudung esm

Khamis, 16 Februari 2012

Modelling Part III

Assalamualaikum dan alhamdulillah kerana saya antara yang bernasib baik terpilih ke peringkat separuh akhir. Thanks a lot of to Allah, Thank you so much to ESM coz bagi peluang merasai keterujaan pertandingan yang sangat fabulous ni sangat love, love, love life live... rakan2 fabulous ESM yang berjaya berada dalam senarai yang diumumkan oleh ceo semalam, alhamdulillah taniah, syukran... yang tidak... berjaya bukan bermakna anda tidak layak... sebenarnya masih banyak peluang untuk kalian, berusaha lagi! cayok! you are all fabulous too!... dan tanpa kalian yang vote saya, saya takkan ke peringkat seterusnya... terima kasih big hug and kiss kiss ya! syukran-syukran... Semoga Allah merahmati kalian semua. amen, amen ya robbal alamen...


 

Isnin, 16 Januari 2012

PAVLOVA Kesukaan!

Eheh, sejak kak ana my big boss sering bawa pavlova ke opis, and kasi kami makan... sejak tu saya menggila nak cuba buat ni sampai jadi... jom kita kongsi resepinya ya...

Bahan-bahan
4 biji (120 grams) – telur putih
1 cawan (200 grams) – gula kaster
1/2 sudu kecil – vanilla esen
1 sudu kecil – cuka makanan
1/2 sudu makan – tepung jagung
Cara membuat
  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang (saya guna hand mixer). Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur. Tips penggunaan telur dari chef azli – katanya jangan bercampur kuning telur semasa mengasingkan putih telur nanti putih telur tak naik, kedua semasa anda memukul putih telur hendaklah betul2 kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Masa ni kacau dengan spatula/senduk kayu perlahan-lahan.
  • Tanda meringue anda dah jadi ialah bila warnanya menjadi putih berkilat. Lagi satu  apabila adunan ditelangkupkan tetapi ia tak jatuh dan meleleh maka berjayalah adunan tersebut !
  •  Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak berdiameter 7.5 inci. Tuangkan meringue di atas kertas minyak itu dan bentuk/ratakan mengikut garisan bulat yang dibuat tadi.
  • Panaskan oven sekitar 15 minit. Kemudian masukkan meringue ke dalam oven dan bakar  selama lebih kurang 1 jam dalam oven yang bersuhu 130 darjah C .
  • Tutup suis dan biarkan pavlova sejuk di dalam oven sebelum ia dikeluarkan.

Topping
1 cup (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu makan (20 grams) – gula icing
1/2 sudu kecil – vanilla esen

Cara membuat krim
Pukul cream dengan gula dan vanilla sehingga kembang. Untuk bahagian topping ni saya gunakan whipped cream yang readymade yang dijual dalam bentuk tin – (saya beli jer sbb malas nak basuh bekas dan mixer).

Bahan lain
Gunakan buah-buahan segar (yang masam) mengikut kesukaan anda. Contohnya blueberry, peach, kiub nanas).  Saya cuma guna buah strawbery dan kiwi.

Bila pavlova tadi dah sejuk maka keluarkan dari oven dan sapu/semburkan  dengan whipped cream. Hiaskan dengan buah-buahan segar. Siap.

Isnin, 9 Januari 2012

Kenapa Hari ini?

Hari ini 9hb Januari 2012...

Pagi2 dah bising and ramai dok wat announced kat fecbuk and blog, serta youtube... mengenai perhimpunan 901. auh... bosannya dengan politik Malaysia yg semakin menjadi-jadi. NO KOMEN.

Hari ini juga jam 4 petang,

Mulai terasa bosan sebab ramai yang dah tak ada kat office... sue pun tak ada. rasa mcam nak balik dah ni... mulalah merapu kat blog ni... nak buka fecbuk pun dah bosan... baca berita mcm dapat berita yang boleh buat semua orang strok. NO KOMEN juga.

Hari ini lagi...

nantilah saya sambung...

Selasa, 3 Januari 2012

Modelling part 2

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang ke peringkat seterusnya... photoshoot akan diadakan pada hari sabtu nanti... semoga berjalan dengan lancar... tapi, saya tak rasa akan ke peringkat seterusnya... tapi kalau ada peluang, itu merupakan bonus buat saya... dalam menimba pengalaman ni banyak yang perlu dipelajari... cuma nak dengan taknak aje kan...