="} love u all

Isnin, 16 Januari 2012

PAVLOVA Kesukaan!

Eheh, sejak kak ana my big boss sering bawa pavlova ke opis, and kasi kami makan... sejak tu saya menggila nak cuba buat ni sampai jadi... jom kita kongsi resepinya ya...

Bahan-bahan
4 biji (120 grams) – telur putih
1 cawan (200 grams) – gula kaster
1/2 sudu kecil – vanilla esen
1 sudu kecil – cuka makanan
1/2 sudu makan – tepung jagung
Cara membuat
  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang (saya guna hand mixer). Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur. Tips penggunaan telur dari chef azli – katanya jangan bercampur kuning telur semasa mengasingkan putih telur nanti putih telur tak naik, kedua semasa anda memukul putih telur hendaklah betul2 kembang dan gebu.
  • Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Masa ni kacau dengan spatula/senduk kayu perlahan-lahan.
  • Tanda meringue anda dah jadi ialah bila warnanya menjadi putih berkilat. Lagi satu  apabila adunan ditelangkupkan tetapi ia tak jatuh dan meleleh maka berjayalah adunan tersebut !
  •  Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak berdiameter 7.5 inci. Tuangkan meringue di atas kertas minyak itu dan bentuk/ratakan mengikut garisan bulat yang dibuat tadi.
  • Panaskan oven sekitar 15 minit. Kemudian masukkan meringue ke dalam oven dan bakar  selama lebih kurang 1 jam dalam oven yang bersuhu 130 darjah C .
  • Tutup suis dan biarkan pavlova sejuk di dalam oven sebelum ia dikeluarkan.

Topping
1 cup (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu makan (20 grams) – gula icing
1/2 sudu kecil – vanilla esen

Cara membuat krim
Pukul cream dengan gula dan vanilla sehingga kembang. Untuk bahagian topping ni saya gunakan whipped cream yang readymade yang dijual dalam bentuk tin – (saya beli jer sbb malas nak basuh bekas dan mixer).

Bahan lain
Gunakan buah-buahan segar (yang masam) mengikut kesukaan anda. Contohnya blueberry, peach, kiub nanas).  Saya cuma guna buah strawbery dan kiwi.

Bila pavlova tadi dah sejuk maka keluarkan dari oven dan sapu/semburkan  dengan whipped cream. Hiaskan dengan buah-buahan segar. Siap.