Alhamdulillah... pejam celik pejam celik dah 16 hari kita berpuasa. Semoga Allah memberkati kita sebagai ummat islam serta memberi kekuatan untuk kita agar meneruskan perjuangan ibadah kita.
Sepanjang perjalanan puasa kita sehingga ke hari ini adalah dengan pelbagai ujian. Allah tidak akan memberi kita pahala yang senang. Oleh itu ujian akan diberikan kepada setiap makhluk Tuhan ciptaanNya. Melalui ujian itulah, Allah mengajar jiwa-jiwa ciptaanNya supaya sedar akan kehidupan sebenar.
Mengharungi bulan yang penuh dengan barakah ini juga, jika tidak ada konsep pengabdian diri kepada Allah juga adalah sesuatu yang amat rugi. Allah telah menjadikan bulan ramadhan ini adalah bulan untuk mengejar keradhaan dan pada setiap hari ramadhannya ada hikmah dan maksud tersendiri. Sehingga Allah swt menawarkan ganjaran pahala yang cukup sempurna, cukup mahal dan cukup baiknya.
Diri kita, adalah merupakan titik tolak perjuangan. Diri kita adalah umpama Pejuang yang sedang bertempur di gelanggang peperangan. Berjuang dan berjihad untuk menahan nafsu, lapar dan dahaga. Walaupun demikian, lapar dan dahaga kita boleh lagi menahannya, tapi... NAFSU payah untuk kita control. Nafsu ni banyak pula pengertiannya; Di mana Al Ghazali pernah menyebut, nafsu terbahagi kepada dua, iaitu nafsu yang paling besar adalah amarah dan satu lagi nafsu dalam diri kita sendiri.
Nafsu yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya ini tujuan sebenarnya baik. Cuma kadang-kadang apabila manusia menyalahgunakan nafsu yang Allah kurniakan untuk kita tu. Oleh kerana terlalu banyak anasir-anasir luar yang menguasai diri. Yalah, syaitan. Syaitan tu makhluk Allah juga. Tugas dia memang untuk menghancurkan ummat nabi adam ni. Yang boleh mematahkan hawa nafsu yang jahat tu, kita sahajalah yang boleh. Kerana hanya diri dan kekuatan akal fikiran sahaja yang boleh menggelakkan kita menjadi HAMBA NAFSU.
Apa-apapun, keperibadian kita... Tidak kiralah Kaya mana kita, miskin mana kita, atau sederhana mana kita... Kita tetap kembali ke tempat asal kita. Yakni, jasad dan tanah... Roh milik Allah.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA

0 comments:
Catat Ulasan