indah itu ketenangan-indah itu dari hati-indah itu tercetus maksudnya dari mata-indah itu juga pencetus sebuah keabadian CINTA-terukirnya nama CINTA kerana keindahan itulah-yang pasti indah itu banyak pengertiannya-bagaimana pula dengan anda?
Ahad, 24 Julai 2011
Nikah Kawin Jadi Usikan
Hari ini lepas recce atau membuat sesi tinjauan di sekitar Pulau Pinang, saya teringat akan perkataan nikah kawin yang sering menjadi bualan ibu ayah. malah kawan-kawan sekalipun... aduh, yang paling menyeramkan ada yang nak kenalkan kawan-kawan, saudara dan sebagainya untuk dijadikan pasangan sehidup semati saya... Sebaliknya juga alhamdulillah saya ucapkan, saya sangat bersyukur kerana ada ibubapa, kawan-kawan serta saudara yang mengambil berat tentang jodoh saya.
Perkahwinan? Bukan saya taknak kawin. Cuma mungkin belum sampai jodoh saya lagi. Yang penting kita kena yakinlah... Adalah tu jodoh kita suatu hari nanti.
Hihi, semalam Dato' Arshad pula melontarkan cerita mengenai bab kawin, gara-gara abang boy yang suka mengusiklah ni. tapi, yang pening Dato' Arshad cakap, jangan dok pilih orang luaq, kalau nak kawin, kawin dengan orang Malaysia aje. katanya lagi, takut jadi apa2 payah nanti... i'Allah harap2 adalah tu jodoh dengan orang Malaysia. Lelaki Malaysia yg bujang ramai lagi kat Malaysia ni, bukan tak ada kan?...ngeee
Malam ni pula, rasa mcm malas nak keluar mana-mana, saya terperuk ajelah kat dalam hotel ni, nak turun makan pun malas...ish kalau dah buah malas tu ada...memang tak boleh buat apa... eh yeke? tak adalah, saya boleh aje buat apa-apa... saya menaip blog saya dan saya buat clearance untuk 4 hari berada di sini. sambil mendengar berita di TV3... hmm macam-macam berita dengar... ada yang best ada yang tak best... yang paling tak best pasal pembunuhan atau tragedi berdarah... nauzubillah dan innalillah... hurm... oklah saya nak siapkan kerja saya dulu... nanti saya sambung lagi celoteh saya yang merapu ini nanti ya... tata take care...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan